Isnin, 11 Februari 2019
Rukun Tetangga
Apa itu Kawasan Rukun Tetangga?
Kawasan Rukun Tetangga ditubuhkan di kawasan yang telah digazetkan dengan jumlah penduduk sekurang-kutang 2,000 orang atau lebih dan kawasan yg ingin ditubuhkan samada kampung (1500) dan Taman (2000) & mendapat kelulusan daripada Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional(PERPADUAN).
Ahli Jawatankuasa seelok-eloknya terdiri daripada mereka yang pelbagai kaum, agama dan juga pelbagai latarbelakang sosioekonomi dan politik.
Jawatankuasa Rukun Tetangga ini memainkan peranan yang penting selain daripada melaksanakan program berdasarkan isu/permasalahan selain program sedia ada demi memupuk, mengukuh perpaduan, semangat muhibah, kejiranan dan meningkatkan kualiti hidup dan kesejahtraan sosial di lokaliti masing-masing tetapi juga untuk mendapatkan sumber kewangan tambahan, melalui pelbagai cara dan platform, bagi membantu KRT agar terus aktif memberi sumbangan kepada komuniti setempat.
Senarai AJK Rukun Tetangga
- Seramai 25 orang ahli jawatankuasa akan dipilih oleh masyarakat di dalam Kawasan Rukun Tetangga yang telah diwartakan. AJK yang terpilih mestilah mereka yang menetap di kawasan terbabit dan mereka yang tidak menetap di kawasan ini, tidak boleh menjadi ahli jawatankuasa.
- Senarai nama AJK RT akan dihantar utk tapisan keselamatan untuk memastikan AJK bebas dari sebarang rekod jenayah dan bankrup. Jika gagal, tidak dibenarkan menjadi AJK RT dan semua nama tersebut selepas selesai ditapis akan disahkan sebagai AJK RT oleh Pengarah Perpaduan Negeri seperti termaktub di dalam Akta Rukun Tetanggaa 2012.
- Senarai 5 jawatankuasa induk diputuskan oleh 25 orang AJK RT dan mesyuarat tersebut perlu dipengerusi dan disahkan oleh pegawai daripada Pejabat Perpaduan Daerah.
Geran RT
- Pemberian geran RT akan hanya dikeluarkan pada penghujung bulan Mac setiap tahun berikutnya berdasarkan pengisian maklumat dalam sistem E-RT (keaktifan RT) Pengisian maklumat ini melibatkan aktiviti yang telah dijalankan sepanjang tahun, mesyuarat AJK RT dan kewangan yang wajib diisi beserta dengan setiap rekod perbelanjaan dan salinan laporan aktiviti perlu diserahkan ke Pejabat Perpaduan Daerah untuk rujukan dan semakan.
Agihan Geran RT adalah berdasarkan kepada peratusan keaktifan yang telah dijana dan direkod di dalam sistem maklumat E-RT*.
Peranan Setiausaha dan Bendahari amat penting dalam merekod semua aktiviti dan perbelanjaan di dalam sistem ini. Pengerusi RT perlu memastikan setiap aktiviti wajib direkod dan semua gambar aktiviti dan resit pembayaran disimpan oleh Setiausaha dan Bendahari sebagai bukti pengurusan Rukun Tetangga tersebut.
Geran yang telah diberi hanya dibenarkan untuk melaksanakan program sedia ada/ isu/ permasalahan komuniti sahaja dan tidak boleh digunakan utk kepentingan peribadi atau AJK RT
Elaun
- Tiada sebarang elaun/wang yang akan diberikan kepada semua AJK RT. Walaubagaimanapun AJK RT dilindungi oleh skim insuran yang disediakan oleh Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional.
Aktiviti Rukun Tetangga
-Aktiviti yang dilaksanakan perlu mendapat sokongan /kelulusan Pegawai Perpaduan Daerah terlebih dahulu.
- Pihak Rukun Tetangga boleh menjemput wakil rakyat, pemimpin masyarakat, Ketua-ketua Jabatan untuk memeriahkan program yang dilaksanakan. Tujuan program adalah untuk mengeratkan silaturahim antara masyarakat setempat dan juga untuk berdampingan dengan pemimpin masyarakat.
Ianya juga sebagai platform untuk menyampaikan permasalahan semasa atau memaklumkan perancangan program yang bakal diadakan untk dihadiri oleh pemimpin masyarakat ini.
- AJK Rukun Tetangga memainkan peranan dalam menyuarakan permasalahan di dalam Kawasan Rukun Tetangga kepada pihak berwajib /agensi seperti PBT untuk tindakan mereka selanjutnya.
Di bawah KRT boleh diwujudkan Skim Rondaan Sukarela jika berminat (sekurang-kurang 20 org minimum ) untuk didaftar dan diluluskan. Penubuhan SRS boleh ditubuhkan dlm keseluruhan RT atau sebahagian RT mengikut kesesuaian dan keluasan kawasan.
Tujuan Rondaan ada utk menjaga keselamatan dan menangani masalah jenayah dan sosial spt masalah lepak, pecah rumah dsnya. Selain membantu phk pdrm dlm mencegah jenayah melalui saluran maklumat2 yg diberikan.
Rondaan perlu dibuat sekurang-kurangnya 2 kali seminggu mengikut kesesuaian dan kelapangan ahli SRS.
Pusat Rondaan perlu digazet utk djiadikan pusat rondaaan samada pondok srs, dewan org ramai, rumah dsnya.
Peralatan SRS dibekalkan oleh phk Jabatan jika peruntukkan disalurkan (jika ada)
Peronda SRS dilindungi insurans semasa bertugas dan khairat kematian.
#PerpaduanDiHati
#Information4All
Sumber www.perpaduan.gov.my
Jumaat, 21 Februari 2014
Taklimat rondaan yang diadakan pada 9feb2014...seramai 25 anggota SRS hadir pada malam itu...anggota SRS wanita bertugas menyediakan makanan dan minuman untuk peronda-peronda yang bertugas.Tahniah kepada semua anggota yang terlibat atas kegigihan mereka telah mendapat maklumbalas yang positif dari penduduk yang rata-rata menyatakan kejadian kecurian motosikal telah berkurangan.Diharapkan usaha ini berterusan dan mendapat sokongan semua pihak.:- Admin nzlina
Selasa, 2 November 2010
Jumaat, 5 Mac 2010
SKIM RONDAAN SUKARELA (SRS)

PANDUAN PENGENDALIAN SKIM RONDAAN SUKARELA DI BAWAH
PERATURAN-PERATURAN PERLU RUKUN TETANGGA (1975)
1. PENDAHULUAN
1.1. Skim Rondaan Sukarela adalah suatu skim yang dipohon oleh pemastautin sukarelawan di bawah Peraturan 27A, Peraturan-Peraturan Perlu Rukun Tetangga (1975), Pindaan 1988.
1.2. Skim ini dikendalikan oleh Jawatankuasa Rukun Tetangga yang bertindak sebagai Jawatankuasa Skim, manakala rondaan dilaksanakan oleh tidak kurang dari 20 pemastautin sukarelawan yang memohon untuk melaksanakan rondaan di sebahagian atau di seluruh kawasan Rukun Tetangga.
1.3. Skim Rondaan Sukarela dijangka menjadi tulang belakang bagi program serta aktiviti Rukun Tetangga kerana ia boleh mencegah kejadian dan gejala sosial negatif di samping dapat merapatkan hubungan Rukun Tetangga dengan penduduk setempat.
2. TAFSIRAN
2.1. Skim Rondaan Sukarela bermaksud satu skim yang dipohon sendiri oleh pemastautin dan apabila diluluskan akan dikendalikan sepenuhnya oleh Jawatankuasa Skim dengan kerjasama Pemastautin Sukarelawan dalam sesuatu Kawasan/Sektor Rukun Tetangga yang berkenaan.
2.2. Jawatankuasa Skim bermaksud Jawatankuasa Kawasan/Sektor yang mengendalikan Skim Rondaan Sukarela dalam Kawasan/Sektor Rukun Tetangga yang berkenaan.
2.3. Ahli Jawatankuasa Skim bermaksud Ahli Jawatankuasa Kawasan/Sektor Rukun Tetangga yang mengendalikan Skim Rondaan Sukarela dalam Kawasan/Sektor Rukun Tetangga yang berkenaan.
2.4. Pemastautin Sukarelawan bermaksud seseorang yang telah membuat permohonan melalui Borang Enam dan Tujuh untuk menyertai Skim tersebut.
2.5. Peralatan Rondaan bermaksud peralatan bagi menjalankan Skim Rondaan Sukarela adalah seperti vest, wisel, cota, lampu picit, baju hujan dan lain-lain yang dibekalkanoleh Jawatankuasa Skim.
2.6. Pengarah bermaksud seseorang yang telah diwartakan sebagai Pengarah Rukun Tetangga di bawah Peraturan-Peraturan Perlu (RT) 1975.
3. PUSAT RONDAAN
3.1. Setiap Kawasan/Sektor Rukun Tetangga yang mengendalikan Skim Rondaan Sukarela perlu mempunyai sebuah pusat rondaan sebagai pusat operasi.
3.2. Pusat rondaan boleh diadakan di pusat atau di bangunan Rukun Tetangga, Balai raya, dewan orang ramai, pos kawalan, di rumah ahli Jawatankuasa Skim atau di mana-mana tempat yang difikirkan sesuai yang dibenarkan oleh seseorang Pengarah Rukun Tetangga.
3.3. Alat-alat yang perlu ada di pusat rondaan adalah: Buku Rekod Kedatangan, Daftar Pemastautin Sukarelawan, Buku Rekod Rondaan, Kotak Pertolongan Cemas dan lain-lain peralatan yang difikirkan perlu oleh Jawatankuasa Skim atau Pengarah Rukun Tetangga.
4. TUJUAN RONDAAN
4.1. Membantu mencegah jenayah dan gejala sosial yang negatif di dalam kawasan rondaan.
4.2. Membendung kegiatan jenayah dan gejala sosial yang negatif.
4.3. Membantu pihak berkuasa menangkap penjenayah dan menyerahkan penjenayah tersebut kepada pihak polis dangan kadar segera.
4.4. Membantu menguatkuasa undang-undang jika diminta berbuat demikian oleh Pengarah Rukun Tetangga dan lain-lain agensi penguatkuasa seperti polis.
4.5. Memberi perlindungan ke atas nyawa dan harta benda pemastautin.
4.6. Membantu melaksanakan lain-lain tugas yang diarahkan oleh seseorang Pengarah Rukun Tetangga atau Jawatankuasa Skim dari semasa ke semasa.
5. TUGASAN RONDAAN
5.1. Tugas rondaan terbahagi kepada dua (2) kategori iaitu rondaan berjalan kaki dan rondaan berkenderaan.
5.2. Rondaan berjalan kaki tidak kurang dari 3 orang Pemastautin Sukarelawan dan kawasan rondaan tidak melebihi 2 kilometer.
5.3. Manakala rondaan berkenderaan tidak kurang dari 3 orang anggota Pemastautin Sukarelawan dan kawasan rondaan yang lebih luas.
5.4. Rondaan berkenderaan boleh dilaksanaan samada dengan menggunakan kereta, motosikal atau basikal.
5.5. Setiap Pemastautin Sukarelawan adalah bertanggungjawab bagi mendapatkan tarikh, masa dan kawasan rondaan daripada Jawatankuasa Skim.
6. TANGGUNGJAWAB JAWATANKUASA SKIM
6.1. Menyediakan Daftar Pemastautin Sukarelawan yang mengandungi butir-butir peribadi Pemastautin Sukarelawan.
6.2. Menyediakan Roster Rondaan Pemastautin Sukarelawan.
6.3. Memaklumkan kepada semua Pemastautin Sukarelawan kandungan Roster Rondaan dan membekalkan satu salinan kepada Pengarah Rukun Tetangga dan pihak polis.
6.4. Mempamerkan Roster Rondaan di Pusat Rondaan.
6.5. Memilih seorang Pemastautin Sukarelawan sebagai Ketua Kumpulan Rondaan bagi setiap syif.
6.6. Menyusun rondaan sukarela.
6.7. Mendapatkan Surat/Kad Pengenalan Diri Pemastautin Sukarelawan yang telah ditandatangani Pengarah Rukun Tetangga.
6.8. Menyediakan peralatan rondaan yang diperlukan.
6.9. Mendapatkan sumber kewangan dan menjelaskan segala perbelanjaan berkaitan dengan rondaan sukarela.
6.10. Memberi maklumat yang dikehendaki oleh Pengarah Rukun Tetangga dan pihak Polis dari masa ke semasa berhubung dengan pengendalian Skim Rondaan Sukarela.
6.11. Menyedia dan mengemukakan Laporan Bulanan Rondaan kepada Pengarah Rukun Tetangga.
7. TAKLIMAT SEBELUM MEMULAKAN RONDAAN
7.1. Ketua Kumpulan Rondaan hendaklah membuat persediaan pada tiap kali sebelum memulakan rondaan.
7.2. Taklimat sebelum memulakan rondaan hendaklah di sampaikan oleh Ketua Kumpulan Rondaan, Jawatankuasa Skim atau Ahli Jawatankuasa Skim.
7.3. Anggota Pemastautin Sukarelawan hendaklah dibaris 15 minit sebelum keluar membuat rondaan dengan tujuan memastikan:
7.3.1. Semua anggota Pemastautin Sukarelawan hadir.
7.3.2. Semua anggota Pemastautin Sukarelawan yang bertugas dibekalkan dengan peralatan rondaan.
7.3.3. Semua anggota Pemastautin Sukarelawan menandatangani Buku Rekod Kedatangan.
7.4. Memberi taklimat mengenai arahan-arahan seperti berikut:
7.4.1. Laluan serta kawasan rondaan yang telah ditetapkan.
7.4.2. Cara-cara menjalankan rondaan.
7.4.3. Perhubungan dengan orang ramai.
7.4.4. Perhubungan dengan polis dan lain-lain agensi penguatkuasaan.
7.4.5. Arahan daripada Pengarah Rukun Tetangga dan Jawatankuasa Skim.
7.4.6. Memberitahu tempat-tempat yang perlu diambil perhatian untuk keselamatan diri.
7.4.7. Memberitahu kejadian-kejadian yang telah berlaku berdasarkan maklumat orang ramai dan rondaan terdahulu dari ini.
7.5. Menyuraikan baris Pemastautin Sukarelawan selepas taklimat.
7.6. Memberi arahan agar rondaan dimulakan mengikut laluan serta kawasan rondaan yang telah ditetapkan.
8. CARA MENJALANKAN RONDAAN
8.1. Berjalan ditepi jalan dalam jarak yang selamat dari kenderaan dihadapan dan kenderaan di belakang dan jika berkenderaan, kenderaan mesti dipandu perlahan dalam jarak yang selamat dari pengguna jalan raya yang lain.
8.2. Sentiasa berwaspada dan mengawasi keadaan serta laluan dan kawasan rondaan.
8.3. Jika rondaan dibuat pada waktu malam hari, elakkan dari membuat bising yang boleh mengganggu ketenteraman orang ramai.
8.4. Hendaklah menghubungi Pusat Rondaan bagi membuat laporan mengenai keadaan semasa dan perkara-perkara yang memerlukan tindakan segera Pusat Rondaan.
9. TANGGUNGJAWAB KETUA KUMPULAN RONDAAN
9.1. Mengetahui ahli-ahli kumpulan rondaan dalam syif yang telah ditetapkan.
9.2. Memberi taklimat mengenai arah rondaan, peraturan-peraturan/larangan serta tindakan yang perlu di ambil semasa rondaan dan sebelum rondaan.
9.3. Mempastikan semua ahli syif menurunkan tandatangan dalam Buku Rekod Kedatangan.
9.4. Mempastikan semua ahli syif membawa peralatan yang ditentukan semasa rondaan.
9.5. Bertanggungjawab mengumpul semua peralatan yang digunakan selepas selesai rondaan dan menyimpan dalam stor/tempat yang telah ditentukan oleh Jawatankuasa Skim.
9.6. Mengawasi supaya ahli-ahli mematuhi arahan dan peraturan yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Skim.
9.7. Membuat laporan dalam buku catatan Rondaan sesudah selesai menjalankan rondaan mengikut syif yang telah ditetapkan.
10. TANGGUNGJAWAB PEMASTAUTIN SUKARELAWAN SEMASA RONDAAN
10.1. Sentiasa bersedia untuk mematuhi segala arahan daripada Pengarah Rukun Tetangga, Jawatankuasa Skim, Ahli Jawatankuasa Skim dan Ketua Kumpulan Rondaan.
10.2. Sentiasa membawa Surat/Kad Pengenalan Diri dan menggunakan alat-alat yang ditentukan oleh Pengarah Rukun Tetangga dan Jawatankuasa Skim.
10.3. Sentiasa menjaga disiplin serta berkelakuan penuh tertib dan sopan semasa menjalankan Skim Rondaan Sukarela.
10.4. Sentiasa memakai ‘uniform’ yang telah diluluskan serta dibenarkan oleh seseorang Pengarah Rukun Tetangga semasa rondaan.
10.5. Seseorang Pemastautin Sukarelawan hendaklah pada sepanjang masa dan ketika:
a. Tidak mengingkari arahan Ketua Kumpulan Rondaan
b. Tidak menggunakan bahasa lucah dan memalukan, serta memaki hamun pada masa bertugas;
c. Tidur atau berjudi;
d. Tidak memberi maklumat palsu;
e. Tidak hadir bertugas tanpa sebab;
f. Tidak berada di bawah pengaruh alkohol atau apa-apa dadah pada masa bertugas;
g. Tidak secara cual atau tanpa sebab-sebab yang berpatutan menyebabkan terlepasnya tembakan sesuatu senjata api pada masa bertugas; dan
h. Tidak bertindak dengan apa-apa cara yang tidak dinyatakan di atas yang boleh memudaratkan kebajikan sesuatu Kawasan/Sektor Rukun Tetangga.
11. KUASA MATA-MATA PEMASTAUTIN SUKARELAWAN SEMASA RONDAAN
11.1. Seseorang Pemastautin Sukarelawan semasa bertugas meronda atau mengawal dalam kawasan tugasnya adalah disifatkan sebagai seorang pegawai polis berpangkat mata-mata dan mempunyai segala kewajipan, segala kuasa dan segala imuniti seorang pegawai polis berpangkat mata-mata.
11.2. Walau bagaimanapun, kuasa mata-mata Pemastautin Sukarelawan semasa bertugas meronda atau mengawal dalam kawasan tugasnya adalah tertakluk kepada apa-apa atahan, syarat, sekatan atau batasan yang boleh dinyatakan semasa secara lisan atau bertulis oleh seorang Pengarah, Jawatankuasa Skim atau ahli Jawatankuasa Skim.
12. TAKLIMAT SELEPAS TAMAT RONDAAN
12.1. Ambil baris anggota Pemastautin Sukarelawan yang habis tugas di luar pusat rondaan.
12.2. Ketua Kumpulan Rondaan perlu menentukan:
12.2.1. Semua anggota Pemastautin Sukarelawan baik dari tugas rondaan.
12.2.2. Arahan mengembalikan peralatan rondaan.
12.2.3. Memberi taklimat mengenai hasil daripada rondaan yang telah dilaksanakan.
12.2.4. Menyurai baris tugas.
12.2.5. Membuat catatan serta laporan rondaan di dalam Buku Rekod Rondaan.
13. MENJAWAB PANGGILAN TELEFON
13.1. Hendaklah menjawab telefon dengan tertib dan sopan santun sebagai mana kehendaki oleh Pengarah Rukun Tetangga dan Jawatan Skim.
13.2. Mendengar dengan teliti dan mencatat apa-apa aduan, berita atau makluman yang hendak disampaikan oleh mereka yang membuat panggilan.
13.3. Memaklumkan dengan kadar segera apa-apaa aduan, berita atau makluman kepada Pengarah Rukun Tetangga, Jawatankuasa Skim atau pihak polis; jika ianya memerlukan tindakan segera dan serta merta.
4. PERSIAPAN MENYERAH TUGAS PENYELIAAN DI PUSAT RONDAAN
14.1. Ahli Jawatankuasa Skim atau Pemastautin Sukarelawan yang ditugaskan di Pusat Rondaan dikehendaki membuat catatan satu senarai untuk serah menyerah tugas bagi menyenangkan untuk meneliti dan mempastikan semua perkara dalam keadaan lengkap.
14.2. Sebelum menerima tugas, ahli Jawatankausa Skim atau Pemastautin Sukarelawan yang akan mengambil alih tugas menyelia Pusat Rondaan, mempastikan semua borang dan peralatan yang adalah lengkap dan sempurna.
14.3. Memberi taklimat dan arahan tugas kepada yang menerima tugas menyelia Pusat Rondaan.
14.4. Memberitahu jika ada aduan atau kes-kes terbaru yang diterima.
14.5. Memberi penerangan mengenai tahunan atau tangkapan samada masih dalam tahunan atau telah diserah kepada pihak polis.
14.6. Bersurai setelah diambil alih oleh ahli Jawatankuasa Skim atau Pemastautin Sukarelawan yang baru masuk bertugas.
15. LAIN-LAIN TUGAS DI PUSAT RONDAAN
15.1. Membantu orang ramai menunjukkan tempat yang ingin mereka pergi, contoh seperti ke rumah saudara mara dan sebagainya.
15.2. Menjadi mediator dalam sebarang pertelingkahan orang ramai jika diminta berbuat demikian.
15.3. Menghubungi Balai Polis berhampiran bagi mendapatkan maklumat atau bantuan jika diperlukan.
16. PENYELARASAN TUGAS DI PUSAT RONDAAN
16.1. Penyelarasan tugas di Pusat Rondaan akan ditentukan oleh Jawatankuasa Skim.
16.2. Jawatankausa Skim bertanggungjawab melantik tidak kurang daripada 4 orang ahli Jawankuasa Skim atau Pemastautin Sukarelawan pada satu-satu masa sebagai Penyelia di pusat Rondaan sewaktu rondaan sedang dilaksanakan.
16.3. Jawatankausa Skim bertanggungjawab bagi menentukan waktu bertugas ahli Jawatankausa Skim atau Pemastautin Sukarelawan sebagai Penyelia Pusat Rondaan mengikut roster rondaan yang telah ditetapkan.
16.4. Jawatankuasa Skim hendaklah melantik salah seorang Penyelia Pusat Rondaan sebagai Ketua Penyelia Pusat Rondaan.
17. TUGAS PENYELIA PUSAT RONDAAN
17.1. Penyeliaan Pusat Rondaan hendaklah tiba di Pusat Rondaan satu (1) jam lebih awal sebelum syif rondaan bermula.
17.2. Penyelia Pusat Rondaan hendaklah mempastikan semua peralatan termasuk buku catatan bagi kegunaan rondaan telah disediakan oleh Jawatankausa Skim.
18. PERHUBUNGAN DENGAN ORANG RAMAI
18.1. Mempastikan Ahli Jawatankausa Skim atau Pemastautin Sukarelawan yang bertugas di Pusat Rondaan atau yang menjalankan rondaan sentiasa menjaga disiplin, sopan dan santun serta berbudi bahasa dan pekerti yang tinggi mutunya sewaktu berurusan dengan orang ramai.
19. KERJASAMA DENGAN PIHAK POLIS
19.1. Pihak polis hendaklah dimaklumkan mengenai kewujudan Skim Rondaan Sukarela di Kawasan/Sektor Rukun Tetangga yang berkenaan.
19.2. Satu salinan daftar Pemastautin Sukarelawan yang terlibat dengan Skim Rondaan Sukarela dan roster hendaklah diberikan kepada pihak polis.
19.3. Semua pihak termasuk Jawatankausa Skim, Ahli Jawatankausa Skim dan Pemastautin Sukarelawan hendaklah memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak polis berhubung dengan sebarang maklumat mengenai Skim Rondaan Sukarela.
19.4. Pihak polis hendaklah juga dijemput untuk bersama-sama meronda bersama Pemastautin Sukarelawan.
19.5. Sebarang kejadian atau laporan yang mencurigakan hendaklah dimaklumkan kepada pihak polis sama ada oleh Jawatankuasa Skim Rondaan Ahli Jawatankuasa Skim dan Pemastautin Sukarelawan.
20. MENERIMA ADUAN ORANG RAMAI DI PUSAT RONDAAN
20.1. Apabila menerima aduan daripada orang ramai, tindakan yang perlu diambil oleh ahli Jawatankuasa Skim adalah:
20.1.1. Menerima dan membuat catatan di dalam buku catatan.
20.1.2. Memaklumkan kepada Jawatankuasa Skim dengan kadar segera.
20.1.3. Menerima arahan daripada Jawatankuasa Skim untuk tindakan selanjutnya.
20.1.4. Merujuk kepada Balai Polis yang berdekatan untuk tindakan selanjutnya.
20.1.5. Merujuk kepada Pengarah Rukun Tetangga untuk tindakan selanjutnya.
21. KERJASAMA DENGAN LAIN-LAIN AGENSI KERAJAAN
21.1. Skim Rondaan Sukarela juga berharap untuk mendapatkan kerjasama dengan lain-lain Agensi Kerajaan seperti RELA, JAKIM, MAJLIS PERBANDARAN, PEJABAT, pejabat daerah serta lain-lain Agensi Penguatkuasaan undang-undang dalam manjayakan Skim ini.
21.2. Sebarang bentuk kerjasama dengan lain-lain agensi kerajaan boleh dibincangkan bersama dengan Pengarah Rukun Tetangga dan Jawatankuasa Skim di mana Skim Rondaan Sukarela dilaksanakan.
Rabu, 3 Mac 2010
Aktiviti Jiran Muda 2010
Senarai Aktiviti 2009
SENARAI AKTIVITI YANG DIJALANKAN SEPANJANG TAHUN 2009
1)Program Gotong Royong Membersihkan Kawasan Semak Samun Dihadapan Blok B Untuk Dijadikan Gelanggang Sepaktakraw Pada 03 Hb Mei 2009
2)Pengerusi KRT menghadiri conference di Hotel Mandarin Court pada 22 Jan 2009
3)Menyertai Program Sambutan Minggu Perpaduan Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Di Taman Tasik Titiwangsa Dengan Menghantar Peserta Acara Sukaneka Dan Pertandingan Memancing Pada 31hb Mei 2009 Seramai 70 Orang.
4)Program Sambutan Minggu Perpaduan Peringkat Ppr Kg Muhibbah Pada 15hb Ogos 2009
5)Menghantar peserta dari kalangan Tunas Jiran menyertai pertandingan mewarna anjuran JASA di PPR Kg Muhibbah 2
6)Menghantar 6 orang wakil ke majlis berbuka puasa bersama pemimpin Tan Sri Dato’Koh Su Kon pada 3 sept 2009 di Rumah Puspanita.
7)Aktiviti Jiran Muda berlatih Sepaktakraw setiap petang bermula Julai 2009.
8)Aktiviti Jiran Muda berlatih tarian di rumah jurulatih tarian setiap hujung minggu.
9)Menjadi tuan rumah dan menyertai berbagai acara di dalam Program Membudayakan Perpaduan Meraikan Kepelbagaian di PPR Kg muhibbah anjuran JPNIN WPKL pada 23,24 dan 25 hb Okt 2009
10)Menghantar 4 orang wakil ke taklimat memperkasakan SRS peringkat wilayah di Hotel Pearl,Jln Klang Lama pada 12 April 2009
11)Mengawal keselamatan di kuil PPR Kg Muhibbah semasa pesta ponggal 2009 diadakan.
12)Mengawal keselamatan di sekitar PPR Kg Muhibbah semasa perarakan perayaan Thaipusam 2009 diadakan
13)Mempersembahkan tarian Jiran Muda (Johan pertandingan Jiran Muda 2009) semasa majlis kenduri salah seorang peduduk PPR Kg Muhibbah pada 31hb Dis 2009.
14)Menghantar wakil seramai 6 orang ke Program Ceramah 1 Malaysia Peringkat Daerah Brickfields dan Cheras di Dewan Bahasa & Pustaka pada 21 Dis 2009
15)Mengadakan perlawanan persahabatan Sepaktakraw antara Jiran Muda Krt PPR Kg Muhibbah dengan PPR Pantai Ria pada 22 Nov 20009.
1)Program Gotong Royong Membersihkan Kawasan Semak Samun Dihadapan Blok B Untuk Dijadikan Gelanggang Sepaktakraw Pada 03 Hb Mei 2009
2)Pengerusi KRT menghadiri conference di Hotel Mandarin Court pada 22 Jan 2009
3)Menyertai Program Sambutan Minggu Perpaduan Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Di Taman Tasik Titiwangsa Dengan Menghantar Peserta Acara Sukaneka Dan Pertandingan Memancing Pada 31hb Mei 2009 Seramai 70 Orang.
4)Program Sambutan Minggu Perpaduan Peringkat Ppr Kg Muhibbah Pada 15hb Ogos 2009
5)Menghantar peserta dari kalangan Tunas Jiran menyertai pertandingan mewarna anjuran JASA di PPR Kg Muhibbah 2
6)Menghantar 6 orang wakil ke majlis berbuka puasa bersama pemimpin Tan Sri Dato’Koh Su Kon pada 3 sept 2009 di Rumah Puspanita.
7)Aktiviti Jiran Muda berlatih Sepaktakraw setiap petang bermula Julai 2009.
8)Aktiviti Jiran Muda berlatih tarian di rumah jurulatih tarian setiap hujung minggu.
9)Menjadi tuan rumah dan menyertai berbagai acara di dalam Program Membudayakan Perpaduan Meraikan Kepelbagaian di PPR Kg muhibbah anjuran JPNIN WPKL pada 23,24 dan 25 hb Okt 2009
10)Menghantar 4 orang wakil ke taklimat memperkasakan SRS peringkat wilayah di Hotel Pearl,Jln Klang Lama pada 12 April 2009
11)Mengawal keselamatan di kuil PPR Kg Muhibbah semasa pesta ponggal 2009 diadakan.
12)Mengawal keselamatan di sekitar PPR Kg Muhibbah semasa perarakan perayaan Thaipusam 2009 diadakan
13)Mempersembahkan tarian Jiran Muda (Johan pertandingan Jiran Muda 2009) semasa majlis kenduri salah seorang peduduk PPR Kg Muhibbah pada 31hb Dis 2009.
14)Menghantar wakil seramai 6 orang ke Program Ceramah 1 Malaysia Peringkat Daerah Brickfields dan Cheras di Dewan Bahasa & Pustaka pada 21 Dis 2009
15)Mengadakan perlawanan persahabatan Sepaktakraw antara Jiran Muda Krt PPR Kg Muhibbah dengan PPR Pantai Ria pada 22 Nov 20009.
Sabtu, 27 Februari 2010
Gotong-royong Muhibbah

Gotong-royong membersihkan kawasan semak samun dihadapan Blok B untuk dijadikan gelanggang Sepaktakraw pada 03 Mei 2009.Gotong-royong ini mendapat kerjasama daripada Jabatan Kesihatan DBKL dan Pejabat Cawangan Seputeh DBKL.Seramai 20 orang kakitangan Jabatan kesihatan Zon Klang Lama terlibat secara langsung dalam program ini.
Langgan:
Catatan (Atom)