Halaman

Laman Utama

Powered By Blogger

Isnin, 11 Februari 2019

Rukun Tetangga

Apa itu Kawasan Rukun Tetangga? Kawasan Rukun Tetangga ditubuhkan di kawasan yang telah digazetkan dengan jumlah penduduk sekurang-kutang 2,000 orang atau lebih dan kawasan yg ingin ditubuhkan samada kampung (1500) dan Taman (2000) & mendapat kelulusan daripada Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional(PERPADUAN). Ahli Jawatankuasa seelok-eloknya terdiri daripada mereka yang pelbagai kaum, agama dan juga pelbagai latarbelakang sosioekonomi dan politik. Jawatankuasa Rukun Tetangga ini memainkan peranan yang penting selain daripada melaksanakan program berdasarkan isu/permasalahan selain program sedia ada demi memupuk, mengukuh perpaduan, semangat muhibah, kejiranan dan meningkatkan kualiti hidup dan kesejahtraan sosial di lokaliti masing-masing tetapi juga untuk mendapatkan sumber kewangan tambahan, melalui pelbagai cara dan platform, bagi membantu KRT agar terus aktif memberi sumbangan kepada komuniti setempat. Senarai AJK Rukun Tetangga - Seramai 25 orang ahli jawatankuasa akan dipilih oleh masyarakat di dalam Kawasan Rukun Tetangga yang telah diwartakan. AJK yang terpilih mestilah mereka yang menetap di kawasan terbabit dan mereka yang tidak menetap di kawasan ini, tidak boleh menjadi ahli jawatankuasa. - Senarai nama AJK RT akan dihantar utk tapisan keselamatan untuk memastikan AJK bebas dari sebarang rekod jenayah dan bankrup. Jika gagal, tidak dibenarkan menjadi AJK RT dan semua nama tersebut selepas selesai ditapis akan disahkan sebagai AJK RT oleh Pengarah Perpaduan Negeri seperti termaktub di dalam Akta Rukun Tetanggaa 2012. - Senarai 5 jawatankuasa induk diputuskan oleh 25 orang AJK RT dan mesyuarat tersebut perlu dipengerusi dan disahkan oleh pegawai daripada Pejabat Perpaduan Daerah. Geran RT - Pemberian geran RT akan hanya dikeluarkan pada penghujung bulan Mac setiap tahun berikutnya berdasarkan pengisian maklumat dalam sistem E-RT (keaktifan RT) Pengisian maklumat ini melibatkan aktiviti yang telah dijalankan sepanjang tahun, mesyuarat AJK RT dan kewangan yang wajib diisi beserta dengan setiap rekod perbelanjaan dan salinan laporan aktiviti perlu diserahkan ke Pejabat Perpaduan Daerah untuk rujukan dan semakan. Agihan Geran RT adalah berdasarkan kepada peratusan keaktifan yang telah dijana dan direkod di dalam sistem maklumat E-RT*. Peranan Setiausaha dan Bendahari amat penting dalam merekod semua aktiviti dan perbelanjaan di dalam sistem ini. Pengerusi RT perlu memastikan setiap aktiviti wajib direkod dan semua gambar aktiviti dan resit pembayaran disimpan oleh Setiausaha dan Bendahari sebagai bukti pengurusan Rukun Tetangga tersebut. Geran yang telah diberi hanya dibenarkan untuk melaksanakan program sedia ada/ isu/ permasalahan komuniti sahaja dan tidak boleh digunakan utk kepentingan peribadi atau AJK RT Elaun - Tiada sebarang elaun/wang yang akan diberikan kepada semua AJK RT. Walaubagaimanapun AJK RT dilindungi oleh skim insuran yang disediakan oleh Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional. Aktiviti Rukun Tetangga -Aktiviti yang dilaksanakan perlu mendapat sokongan /kelulusan Pegawai Perpaduan Daerah terlebih dahulu. - Pihak Rukun Tetangga boleh menjemput wakil rakyat, pemimpin masyarakat, Ketua-ketua Jabatan untuk memeriahkan program yang dilaksanakan. Tujuan program adalah untuk mengeratkan silaturahim antara masyarakat setempat dan juga untuk berdampingan dengan pemimpin masyarakat. Ianya juga sebagai platform untuk menyampaikan permasalahan semasa atau memaklumkan perancangan program yang bakal diadakan untk dihadiri oleh pemimpin masyarakat ini. - AJK Rukun Tetangga memainkan peranan dalam menyuarakan permasalahan di dalam Kawasan Rukun Tetangga kepada pihak berwajib /agensi seperti PBT untuk tindakan mereka selanjutnya. Di bawah KRT boleh diwujudkan Skim Rondaan Sukarela jika berminat (sekurang-kurang 20 org minimum ) untuk didaftar dan diluluskan. Penubuhan SRS boleh ditubuhkan dlm keseluruhan RT atau sebahagian RT mengikut kesesuaian dan keluasan kawasan. Tujuan Rondaan ada utk menjaga keselamatan dan menangani masalah jenayah dan sosial spt masalah lepak, pecah rumah dsnya. Selain membantu phk pdrm dlm mencegah jenayah melalui saluran maklumat2 yg diberikan. Rondaan perlu dibuat sekurang-kurangnya 2 kali seminggu mengikut kesesuaian dan kelapangan ahli SRS. Pusat Rondaan perlu digazet utk djiadikan pusat rondaaan samada pondok srs, dewan org ramai, rumah dsnya. Peralatan SRS dibekalkan oleh phk Jabatan jika peruntukkan disalurkan (jika ada) Peronda SRS dilindungi insurans semasa bertugas dan khairat kematian. #PerpaduanDiHati #Information4All Sumber www.perpaduan.gov.my

Tiada ulasan:

Catat Ulasan